Daripada Abu Khalid Hakim bin Hizam RA katanya, bersabda Rasulullah SAW, “Penjual dan pembeli berhak memilih sama ada hendak meneruskan pembelian atau jualan atau tidak selagi mereka belum berpisah. Jika mereka bersikap benar dan jujur (dengan memberitahu jika ada keaiban atau kecacatan pada barang yang dijual dan harga) nescaya diberkati Allah tentang jual beli mereka. Tetapi jika didapati penipuan dan dusta maka hilanglah berkat jual beli mereka.”

Monday, 30 September 2013

Pedih Ulu Hati dan Ketidak Hadaman


Kenapa Pedih Ulu Hati?


Makanan yang ditelan akan melalui saluran esofagus dan terus ke perut anda. Diantara perut dan esofagus terdapatnya penutup yang berotot yang dipanggil Lower Esophageal Sphincter atau LES bagi mengelakkan makanan berpatah balik ke esofagus. Di dalam kes pedih ulu hati, penutup tersebut tidak tertutup rapi, maka semua bahan termasuk asid di dalam perut boleh mengalir ke esofagus semula yang menyebabkabkan pedih ulu hati.



Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD)


Tanda dan Gejala

Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:
  • Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
  • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
  • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak
  • Sendawa
  • Batuk yang teruk
  • Suara menjadi serak
  • Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.


Komplikasi

Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser. Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan dignosa tersebut. 

1. Penyakit Gastroesophageal reflux (GERD)

  • GERD adalah keadaan yang timbul akibat refluks atau regurgitasi kandungan perut ke salur pemakanan (esofagus) menyebabkan komplikasi atau simptom yang menyukarkan kehidupan harian pesakit.
  • Pada kebiasaannya, asid dalam perut hanya memasuki salur pemakanan dalam jumlah kecil sahaja dan akan segera dineutralkan kembali.
  • Bagaimanapun dalam kes GERD, jumlah asid yang banyak disalurkan ke esofagus dan dalam jangka masa panjang mungkin menyebabkan lapisan tisu saluran itu terhakis.
  • Bagi pesakit GERD, hakisan berulang sehingga ke sel-sel saraf akan menyebabkan kesakitan di bahagian dada.

2. Barret Esofagus

  • Barett esofagus (perubahan sel pada esofagus daripada squamus kepada collumnar, yang sekiranya tidak dirawat seterusnya boleh membawa kepada kanser)

3. Ulser Peptik
  • luka terbuka yang terdapat di bahagian dalam lapisan perut, bahagian atas usus kecil atau esofagus

4. Kanser Perut

Rawatan

Rawatan dapat dilakukan melalui pembetulan gaya hidup pesakit, ubat-ubatan (antasid , suplimen tambahan dll) dan melalui kaedah pembedahan (Fundoplication).

Tips Hindari Punca Pedih Ulu Hati

  1. Makan lebih kecil, makan lebih kerap.  
  2. Hadkan pengambilan makanan dan minuman merangsang asid.  
  3. Jangan makan dalam tempoh dua hingga tiga jam sebelum tidur.  
  4. Tinggikan kepala anda beberapa inci semasa anda tidur.  
  5. Kekalkan berat badan yang munasabah.  
  6. Jangan memakai tali pinggang atau pakaian yang ketat sesuai di sekeliling pinggang.  
  7. Jangan merokok.  
  8. Jangan minum alkohol.  
  9. Berehat.  
  10. Simpan rekod makanan yang sebabkan pedih ulu hati.

Cadangan Supplement : 
  • Alfalfa (kealkalian tinggi),
  • ESP( bantu tidak mudah lapar). 
  • Peppermint-Ginger Plus ( utk sistem Penghadaman)


#Untuk konsultasi, maklumat lanjut dan harga istimewa, boleh hubungi kami : 



Abwana Bizz
Pengedar Shaklee Central dan Malaysia - Kuala Lumpur (HKL, PPUKM, PPUM, Segambut, Titiwangsa, Cheras)
Email : abwanabizz@gmail.com
Sms/Whatsapp : 012-2884572
Page : Abwana Bizz
FB : Wan Najdah

No comments:

Post a Comment