Kolesterol adalah satu zat daripada golongan lemak. Di dalam
badan manusia sendiri, kolesterol dihasilkan oleh hati di antara 800 hingga
1000 mg sehari. Pengambilan dari makanan dikatakan sangat kecil pengaruhnya
terhadap peningkatan kepekatan kolesterol badan. Namun, mengikut apa yang
disarankan oleh pakar kesihatan, pengambilan harian perlu dihadkan kepada 200
mg sahaja.
Fungsi utama Kolesterol dalam badan:
- Komponen membrane sel dan intrasel
- Prekursor bagi asid hempedu
- Prekursor bagi 5 kelas utama hormon steroid – progestin, glukokotikoid, mineralokortikoid, androgen dan estrogen
Terdapat 3 jenis kolestrol iaitu :
1)LDL (Low Density Lipoprotein)
LDL juga dikenali sebagai kolesterol jahat yang boleh menyumbat pembuluh darah.
LDL rendah bermakna risiko penyakit jantung rendah.
2)HDL (High Density Lipoprotein)
HDL adalah kolesterol baik yang membantu membersihkan kolesterol LDL dalam darah sehingga mengurangi risiko terkena penyakit jantung, strok, atau serangan jantung.
2)HDL (High Density Lipoprotein)
HDL adalah kolesterol baik yang membantu membersihkan kolesterol LDL dalam darah sehingga mengurangi risiko terkena penyakit jantung, strok, atau serangan jantung.
3) TRIGLISERIDA
Trigliserida adalah bentuk kimia di mana lemak wujud di
dalam makanan dan badan. Paras Trigliserida yang tinggi meninggikan risiko
sakit arteri koronari .
Jadual menunjukkan kandungan LDL, HDL, TG dan maksudnya.
Jumlah Kolesterol Darah
Gabungan LDL,HDL dan beberapa
komponen lipid yang lain.Pakar perubatan mencadangkan paras selamat adalah di
bawah 200 mg/dl
Terdapat dua kaedah ujian kolestrol boleh dilakukan.
1. Ujian darah "Total cholestrol screening". Setitis darah anda dititiskan ke atas kertas khas dimasukkan ke dalam mesin kecil ujian kolesterol.
*Anda akan memperoleh keputusan ujian darah kolestrol dalam beberapa minit sahaja.
1. Ujian darah "Total cholestrol screening". Setitis darah anda dititiskan ke atas kertas khas dimasukkan ke dalam mesin kecil ujian kolesterol.
*Anda akan memperoleh keputusan ujian darah kolestrol dalam beberapa minit sahaja.
2. Ujian darah kolesterol penuh. Darah diambil dari pembuluh vena.
Darah tersebut akan dihantar ke makmal dan keputusan akan diterima selepas beberapa jam atau keesokan harinya.
Darah tersebut akan dihantar ke makmal dan keputusan akan diterima selepas beberapa jam atau keesokan harinya.
Tanda-tanda Kolesterol Tinggi
1) Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu
- Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sakit-sakit sebagai gejala awal. Gejala ini muncul sebagai akibat kurangnya oksigen.
- Terutama bila kadarnya sudah tinggi sekali, trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg itu biasanya akan mengantuk. Hal ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengaliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang menyempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolesterol.
3) Kesemutan
- Kadang-kadang kesemutan juga boleh terjadi kerana darahnya agak pekat. Kadar kolestrol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi kurang.
4) Timbunan lemak di atas kelopak mata
- Secara klinikal ada beberapa hal yang boleh dijadikan petunjuk awal seseorang memiliki kolestrol tinggi, aitu adanya timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi.
5) Mudah Letih
- Ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.
6) Sering Sakit Kepala
- Ini kerana kolesterol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuat arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala.
7) Kaki Bengkak
- Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika pembuluh darah menyempit dan pengaliran oksigen berkurang, maka tentu saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki terlihat membengkak. Keadaan ini hampir sama dengan ketika anda terlalu lama duduk ketika perjalanan jarak jauh, terutama di kelas ekonomi.
Punca Kolesterol Tinggi
- Pemakanan. Jika kita mengambil atau makan makanan yang
mengandungi lebih lemak binatang, jadi berkemungkinan kita akan mempunyai
kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh.
- Keturunan. bila ibu atau bapa kanak-kanak mempunyai
kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh mereka, ini mungkin akan diwarisi
oleh anak-anak mereka pula. Oleh sebab itulah, kolesterol menyerang sesiapa
sahaja tanpa mengira peringkat umur.
- Kerosakan Hati. Organ yang bertindak balas dengan kolesterol
dalam tubuh kita iaitu hati telah rosak, ianya tidak akan bertindak balas
dengan normal. Hati akan terus menghasilkan kolesterol dalam tubuh hingga boleh
menyebabkan seseorang itu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam
tubuh.
Supplement dan Vitamin Semulajadi Shaklee yang Boleh Membantu Menurunkan Paras Kolesterol
- Omegaguard - menipiskan darah, maka mengurangkan penyumbatan pembuluh darah. 90% serangan jantung adalah kerana darah tergumpal. Melancarkan aliran darah, mengurangkan tekanan darah.
- Vivix - tonik anggur muscadine yang memang membantu secara efektif dalam penyembuhan kebanyakan penyakit-penyakit kronik.
- Garlic Complex - pengambilan 800mg utk 4 bulan, mengurangkan 12% kolesterol dan 17% triglycerides
- B-Complex - mengurangkan kolesterol, triglycerides (jenis lemak) dan menambah HDL dan meluaskan pembuluh darah
- Vita-E Complex - Anti-oksidan paling baik yang mengurangkan pengoksidaan LDL
- Ostematrix - bertindak seperti sabun dengan menyingkirkan kolesterol dari tubuh.
- Alfalfa - kaya fiber bagi menyerap keluar kolesterol.
- Lecithin - menurunkan kolesterol
No comments:
Post a Comment