Daripada Abu Khalid Hakim bin Hizam RA katanya, bersabda Rasulullah SAW, “Penjual dan pembeli berhak memilih sama ada hendak meneruskan pembelian atau jualan atau tidak selagi mereka belum berpisah. Jika mereka bersikap benar dan jujur (dengan memberitahu jika ada keaiban atau kecacatan pada barang yang dijual dan harga) nescaya diberkati Allah tentang jual beli mereka. Tetapi jika didapati penipuan dan dusta maka hilanglah berkat jual beli mereka.”

Saturday, 5 October 2013

Tips Penyusuan Ekslusif



RAMAI ibu mengetahui kebaikan susu ibu,


Namun masih ramai yang tidak dapat menyusukan anak mereka secara eksklusif enam bulan, seterusnya dua tahun disebabkan pelbagai masalah. Ada yang memberi alasan tiada pengalaman, tidak mendapat sokongan, menyusahkan, meletihkan serta tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi.



Berikut disenaraikan Tips Ke Arah Penyusuan Eksklusif Susu Ibu

  1. Berazam dan niat sejak mengandung lagi yang anda mahu menyusukan bayi anda secara eksklusif sehingga 6 bulan dan kemudian secara sepenuhnya hingga berumur 2 tahun
  2. Banyakkan membaca info tentang penyusuan, cara penyimpanan susu yang betul, teknik pump,jenis pump yang sesuai dengan budget anda dan keperluan sampingan lain seperti cooler bag, plastic storage, bottle warmer dan lain (ini penting bagi ibu yang akan pump stok susu) *Semasa mengandung terutamanya buat ibu yang beranak sulung, amalkan petua ini.
  3. Memasuki Trimester ke-3, cuci puting payudara anda setiap malam bagi membuang kotoran di lubang susu. Sapu minyak (baby oil) dan gentel puting anda. *Buat ibu yang ada ‘inverted nipple’ atau puting tidak timbul, amalan di atas adalah wajib supaya puting tidak tenggelam dan menyukarkan bayi untuk menghisap sebaik lahir nanti.
  4. Memasuki Trimester ke-3, amalkan mengurut payudara anda setiap malam untuk merangsang penghasilan susu. Cara: picit sedikit di bahagian atas payudara dan urutkan perlahan ke bawah menuju ke puting.
  5. Rata-rata ibu akan mengalami masalah susu tidak keluar di hari pertama. Petuanya sebulan sebelum bersalin, amalkan pam 3x sehari selama 10 minit untuk rangsang pengeluaran susu. *Selepas bersalin, terus berikan bayi anda susu badankerana bayi anda perlukan ‘colostrum’. *Colostrum adalah susu awal yang biasanya berwarna kekuningan yang penuh dengan antibodi yang bayi perlukan.
  6. Tidak perlu tunggu bayi anda dibersihkan. Pesan kepada jururawat untuk memberikan bayi anda untuk disusukan sebaik bersalin.
  7. Tujuh hari pertama kelahiran adalah penting untuk anda memberi susu badan secara terus (bayi terus hisap dari payudara. *Elakkan pump dan penggunaan botol susu kerana ia boleh mengganggu proses penghasilan susu secara semulajadi.
  8. Sebarang susu formula dan air kosong adalah dilarang sama sekali kerana boleh mengganggu proses penyusuan. *Pemberian susu formula mengakibatkan perlbagai masalah seperti cirit-birit dan ekzema serta menjadi punca utama obesiti.  *Amalan memberi air kosong akan mendedahkan anak anda kepada risiko jangkitan, kekurangan nutrisi, merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa bayi , merendahkan suhu badan bayi, akibatkan kembung perut dan sawan tarik.
  9. Lazimnya ibu muda yang beranak sulung pasti menghadapi masalah susu tidak keluar beberapa hari pertama. Usah risau kerana perut bayi hanya sebesar kacang peas. Berikan susu ibu sekerap yang boleh dan insyaAllah pemberian secara kerap akan melancarkan pengaliran susu apabila memasuki hari ke-2 atau ke-3. *Penyusuan mengikut jadual dilarang sama sekali. Susukan bayi dengan kerap mengikut kemahuan bayi (on-demand). *Perhatikan tanda-tanda awal bayi lapar seperti mulutnya mencari-cari sesuatu, mulutnya terbuka luas apabila disentuh atau dia membuat pergerakan seperti menghisap. *Mulakan sesi pump seawal 2 minggu selepas bersalin supaya anda boleh menyediakan bekalan susu secukupnya apabila masuk kerja nanti.
  10. Dapatkan sokongan keluarga terdekat terutamanya suami. Apabila susu tidak keluar anda pasti panik dan sedih lebih-lebih lagi apabila bayi mula menangis. Dalam keadaan panik dan tertekan, penghasilan susu lebih mudah terganggu. *Minta ahli keluarga pujuk bayi dahulu. *Peranan suami pula tenangkan isteri anda dan beri dorongan serta kata-kata semangat bahawa isteri anda mampu menyusukan anak anda secara eksklusif.

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.

Satu isu yang sering merisaukan ibu-ibu yang menyusukan anak secara eksklusif adalah stok susu yang tidak cukup. Penghasilan susu ibu juga tertakluk kepada gaya pemakanan dan tahap stress yang dialami oleh ibu. Jika hari ini anda skip lunch atau membiarkan diri ditenggelami tekanan kerja di pejabat, ada kemungkinan penghasilan susu anda agak terkencat.



Sebenarnya, vitamin dari Shaklee bukanlah faktor utama yang menyebabkan pengeluaran susu meningkat. Ibu2 perlulah memahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada anak2.


Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dlm dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dgn penuh DISIPLIN dan KONSISTEN.

1.    Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yg bekerjaya membuat sesi perahan yg konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar2 kosong.

2.    Si ibu memasttikan pengambilan air yg seimbang dan secukupya setiap hari iaitu tidak kurang dari
3 liter sehari dan memastikan tidak berdiet dlm menjayakan penyusuan lengkap buat si kecil.

3.    Si ibu juga digalakkan mendekatkkan diri dgn Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sgt digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dgn lancar.

Set Penyusuan daripada Shaklee membantu ibu-ibu menyusu yang mempunyai masalah penyusuan disamping memberi nutrisi yang lengkap dan seimbang kepada bayi yang disusukan. Terdapat 4 set penyusuan daripada Shaklee yang boleh anda pertimbangkan bergantung kepada bajet dan masalah yang dihadapi.

#UNTUK KONSULTASI, MAKLUMAT LANJUT DAN HARGA ISTIMEWA, BOLEH HUBUNGI KAMI :
Abwana Bizz
Pengedar Shaklee Central dan Malaysia - Kuala Lumpur (HKL, PPUKM, PPUM, Segambut, Titiwangsa, Cheras)
Email : abwanabizz@gmail.com
Sms/Whatsapp : 012-2884572
Page : Abwana Bizz
FB : Wan Najdah

No comments:

Post a Comment