Daripada Abu Khalid Hakim bin Hizam RA katanya, bersabda Rasulullah SAW, “Penjual dan pembeli berhak memilih sama ada hendak meneruskan pembelian atau jualan atau tidak selagi mereka belum berpisah. Jika mereka bersikap benar dan jujur (dengan memberitahu jika ada keaiban atau kecacatan pada barang yang dijual dan harga) nescaya diberkati Allah tentang jual beli mereka. Tetapi jika didapati penipuan dan dusta maka hilanglah berkat jual beli mereka.”

Monday, 21 October 2013

Atasi Gout dengan Vitamin Semulajadi

Gout?


Gout adalah disebabkan oleh pengumpulan asid urik (uric acid) di dalam darah yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing. Bagi pesakit gout , asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan lama-kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat . Asid urik ini kemudian akan mendap di bahagian sendi terutama di bahagian sendi besar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di bahagian sendi yang lain seperti di bahagian belakang, kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.


Asid urik boleh menyebabkan keradangan pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terlibat.



Siapa Berisiko Gout..

Gout adalah salah satu daripada penyakit sendi dan serangan pertama biasanya berlaku kepada individu yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun penyakit ini boleh menyerang semua peringkat umur termasuk remaja


Bila Serangan Berlaku?



Serangan berlaku secara mengejut dan cepat tidak seperti 'artritis' lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi terlibat terasa sangat sakit yang amat sangat. Serangan gout berlaku pada satu sendi tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. Manakala serangan kedua biasanya mengambil masa yang agak lama sehingga bertahun dan serangan ini boleh berulang dari semasa ke semasa biasanya pada sendi yang sama.



Tanda-tanda sakit gout.


  1. Sakit gout biasanya menyerang ibu jari kaki.
  2. Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas, dan mengalami sakit yang ketara.
  3. Serangan sakit gout biasanya berlaku secara tiba-tiba.
  4. Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan
  5. Jika tidak dirawat, bengkak tersebut akan berlarutan berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu.
  6. Kemungkinan besar sakit gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.
  7. Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari.



Faktor penyumbang penyakit Gout

Serangan gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor:-
1. Pengambilan berlebihan minuman beralkohol.
2. Banyak mengambil makanan yang kaya dengan 'purin'.
3. Kecederaan kecil pada sendi.
4. Kurang pengambilan air kosong.
5. Badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubatan.
6. Mengamalkan diet yang melampau.


Bimbang pengambilan painkiller utk meredakan sakit Gout akan merosakkan buah pinggang?
Shaklee ada menawarkan set supplement untuk penyakit Gout yang dijamin semulajadi, Selamat dan InsyaAllah Berkesan.

1. Alfalfa - Menyahtoksin dari badan secara semulajadi dan selamat. Ia turut menyingkirkan asid urik dalam badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.


2. Performance Drink - Mengekalkan kandungan cecair di dalam badan. (perlu juga minum air putih/air masak setiap masa. Minum sedikit tetapi kerap).

3. Omega Guard - Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

4. Joint Health Tablet - Memberi keselesaan kepada sendi.

#UNTUK KONSULTASI, MAKLUMAT LANJUT DAN HARGA ISTIMEWA, BOLEH HUBUNGI KAMI :
Abwana Bizz
Pengedar Shaklee Central dan Malaysia - Kuala Lumpur (HKL, PPUKM, PPUM, Segambut, Titiwangsa, Cheras)
Email : abwanabizz@gmail.com
Sms/Whatsapp : 012-2884572
Page : Abwana Bizz
FB : Wan Najdah

No comments:

Post a Comment