Daripada Abu Khalid Hakim bin Hizam RA katanya, bersabda Rasulullah SAW, “Penjual dan pembeli berhak memilih sama ada hendak meneruskan pembelian atau jualan atau tidak selagi mereka belum berpisah. Jika mereka bersikap benar dan jujur (dengan memberitahu jika ada keaiban atau kecacatan pada barang yang dijual dan harga) nescaya diberkati Allah tentang jual beli mereka. Tetapi jika didapati penipuan dan dusta maka hilanglah berkat jual beli mereka.”

Thursday, 26 September 2013

TIP KURANGKAN ALAHAN DAN KETIDAK SELESAAN SEMASA MENGANDUNG

Masalah: Mual atau muntah
Punca: Ketidakselesaan terjadi akibat kehadiran hormon beta HCG yang bertindak balas pada bahagian otak. Kebanyakan kehamilan mengalami masalah ini di antara minggu ke-8 hinggake-12. Namun, ada yang berlarutan sehingga minggu ke-20.
Cara Mengatasi :
1.Makan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit.
2.Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan mengandungi garam yang banyak.
3.Makan lebih buah-buahan yang tinggi potassium seperti anggur dan pisang atau minum air kelapa.
4.Elak minuman berkarbonat dan berkafein kerana ia boleh menambahkan rasa loya.
5.Jangan ambil jeruk atau asam sebab ia mengandungi banyak asid, garam, perisa dan pewarna tiruan.
6.Jika berterusan perlu ambil ubat tahan muntah seperti Maxalon atau Ancoloxin.

Credit: Tanya Doktor Pakar Wanita FB Page

No comments:

Post a Comment